Sunday 7 August 2011

Falsafah


Choong Lean Keow (2008) mengatakan bahawa Falsafah Pendidikan berasal daripada dua istilah asas, iaitu falsafah dan pendidikan.
“Falsafah mengkaji kewujudan manusia, hubungan antara manusia... Dari perspektif sains kognitif, sains tulen diibaratkan sebagai pepohon, manakala falsafah diumpamakan seperti tanah di mana pepohon tumbuh dengan suburnya” (terjemahan) – Ayn Rand, Philosophy, Who Needs It (m/s 2) dalam Choong Lean Keow (2008).
Merujuk kepada pengertian di atas, boleh dikatakan bahawa ahli falsafah melihat falsafah sebagai satu landasan yang baik bagi cetusan dan penjanaan idea-idea baru dalam pelbagai bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia.
         Menurut Choong Lean Keow (2008), secara etimologinya, falsafah berasal daripada perkataan Yunani, philosophia, di mana philo bermaksud “cinta” dan sophia bermaksud “pengetahuan”. Justeru, falsafah boleh ditakrifkan sebagai “cinta kepada pengetahuan atau hikmah”.
      Istilah pendidikan pula berasal daripada perkataan Latin, educare yang bermaksud “memelihara atau mengasuh”. Menurut Kamus Pendidikan (1979) dalam Choong Lean Keow (2008), “Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah.”.
           Menurut Yusuf al-Qardawi (1980) dalam Choong Lean Keow (2008) pula, pendidikan ditakrifkan sebagai “Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang seiring menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan”. 

Pola Keselarasan Vokal


Menurut Abdullah Hassan (2007), satu perubahan dalam sistem ejaan baharu ialah peraturan menyelaraskan penggunaan huruf vokal. Dalam sistem ejaan lama, penggunaan vokal dalam satu perkataan tidak diselaraskan. Penyelarasan vokal ini dilakukan hanya pada dua suku kata akhir sesuatu kata akar yang mempunyai suku kata akhir itu tertutup.
Abdul Hamid Mahmood (2007) mengatakan sistem ejaan bahasa Melayu yang baharu ini digubal dengan mengambil kira sistem keselarasan huruf vokal. Sistem keselarasan vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.( Dr. Ali Mahmood dan rakan-rakan, 2009)
Satu pembaikan yang dilakukan pada sistem ejaan baru ialah keselarasan vokal pada kata dasar. Keselarasan vokal hanya berlaku :
a)    Antara dua huruf vokal pada kata dasar;
b)    Jika kata dasar berakhir dengan suku kata tertutup
c)    Pada dua vokal dalam dua suku kata terakhir (suku kata akhir dan praakhir) jika kata dasar itu mengandungi tiga suku kata atau lebih.

Dalam sistem ejaan baru terdapat 18 pola keselarasan vokal. Jadual 1 menunjukkan pola keselarasan vokal.

Bil.
Suku kata praakhir
Suku kata Akhir Tertutup
Contoh Penggunaan
1.
a
a
   alah          tampar        halaman
2.
a
i
alih           tarik        parit
3.
a
u
asuh          datuk       baruh
4.
e (pepet)
a
emas         kelam      selam
5.
e (pepet)
i
betik          ketil        lebih
6.
e (pepet)
u
belut          telur       perut
7.
e (taling)
a
elak          dewan     perang
8.
e (taling)
e (taling)
belek        gelek       leceh
9.
e (taling)
o
elok          belok      telor
10.
i
a
bilah         kilang     selinap
11.
i
i
intip          pilih        sisih
12.
i
u
pikul         ribut        tidur
13.
o
a
otak          borang    sekolah
14.
o
e (taling)
oleh          boleh       celoteh
15.
o
o
obor          borong    kelompok
16.
u
a
ulat           bulat        ketupat
17.
u
i
ulit            kulit         putih
18.
u
u
untuk         buluh       seluruh

Jadual 1

Keselarasan vokal ini tidak mempengaruhi ejaan dalam keadaan berikut;
a)    Huruf e taling atau o tidak berubah dalam kata ekasuku ( satu suku kata ) apabila menerima imbuhan yang mengandungi huruf e pepet, misalnya:
syor diimbuhankan menge + syor + kan dieja ‘ mengesyorkan’
bom diimbuhankan menge + bom dieja ‘ mengebom’

b)    Huruf e taling atau o pada mana-mana suku kata terbuka tidak berubah jika suku kata sebelumnya menggunakan vokal a, e pepet, i atau u, misalnya :
anggota         gelora
kaedah           kecewa
pidato             sekolah

c)    Huruf vokal a pada suku kata akhir ( terbuka atau tertutup ) tidak mempengaruhi huruf vokal e taling atau o pada suku kata sebelumnya, misalnya:
beta                meja
dewan            dendang
selendang     terendak

d)    Huruf vokal e taling dan o yang membentuk pasangan keselarasan e taling – e taling, e taling – o, o – e taling, dan o – o tidak berubah kerana tidak dapat dipengaruhi oleh vokal a, e pepet, i atau u pada suku kata sebelumnya, misalnya:
cerewet          kelengkeng
kerekot           pelecok
celoreng        pelopor

Bahasa

Menurut Zulkifley Hamid (2007), bahasa digunakan oleh manusia untuk dua tujuan utama, iaitu untuk menyampaikan maklumat yang terbit daripada akal budi atau pemikiran mereka kepada khalayak pendengar atau pembaca, dan juga untuk membolehkan mereka menerima maklumat daripada persekitaran, sama ada dalam bentuk ransangan lisan atau tulisan. Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semantik, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna.

      Perkataan semantik (bahasa Inggeris ‘semantics’) berasal daripada bahasa Yunani ‘sema’ yang beerti tanda atau lambang. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang kajian yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa.(Nik safiah Karim dan Wan Malini Ahmad, 2006). Selain itu,  semantik dapat ditakrifkan sebagai “Kajian makna linguistik bagi kata, frasa, dan ayat” atau “kajian makna tentang bentuk-bentuk linguistik”. (Abdul Aziz Abdul Rahman,Masuri Ahmad, 2010). Manakala, Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi keempat (2007), mendefinisikan semantik sebagai “Kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata”.
     Terdapat juga pandangan lain yang diberikan terhadap pengertian semantik seperti, Dewan Bahasa dan Pustaka (1986) pula memberi pandangan bahawa semantik merupakan   “ilmu mengenai erti atau perubahan erti kata-kata”. “Menurut  Zabech, semantik dalam peristilahan moden digunakan dengan maksud ‘kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan nama khas), ekspresi predikat. Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunanisemant ickos yang membawa makna significant iaitu‘penting’ atau ‘beerti’”.( Hashim Musa, Ong Chin Guan, 1998).
    Bagi Nik Safiah Karim (2001), beliau mendefinisikan semantik sebagai “Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa”. Merujuk kepada Abdullah Hassan (2007) pula, istilah semantik berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu sema yang bermaksud ‘isyarat’. Seterusnya, daripada perkataan inilah terbit istilah semantik bagi menamakan satu bidang ilmu yang mengkaji makna. Menurut Zulkifley Hamid (2007) lagi, semantik merupakan satu daripada cabang ilmu linguistik yang memfokuskan kajian kepada makna yang terkandung dalam sesuatu bahan bahasa, pada peringkat kata, frasa, klausa atau ayat.
     Walau bagaimanapun, dalam mengungkapkan sesuatu perkara (sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan) seseorang individu tidak mengungkapkannya dalam satu ayat sahaja, tetapi gabungan atau jalinan bebapa ayat. Gabungan  beberapa ayat ini akan membentuk kesatuan yang utuh dipanggil wacana. Menurut Asmah Hj. Omar dalam Nik safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006), wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana boleh terdiri daripada ayat sejumlah ayat, ceraian bab, buku, siri buku dan lain-lain lagi. Bagi Harimurti Kridalaksana dalam Nik safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula, wacana merupakan satuan bahasa terlengkap dalam hierarki tatabahasa yang tertinggi. 

Kepentingan kecerdasan emosi dalam kehidupan seharian

Mengikut Daniel Golemen (1995) pengarang buku “The Emotional Intelligent”, penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan yang ada pada keintelektualannya (IQ) sahaja tetapi yang lebih penting adalah kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya.
Mengikut Daniel Golemen (1995)  lagi keceredasan intelek (IQ) tidak dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian diri serta hubungannya dengan masyarakat. Kecerdasan Emosi (EQ) mengikut kajian meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan termasuk aspek kesihatan dan sosial.
Di tempat kerja, kecerdasan emosi merupakan elemen penting untuk mewujudkan keadaan kerja yang produktif. Masalah boleh berlaku di tempat kerja mungkin kerana keperluan emosi tidak kesampaian. Pengurus yang secara cerdas emosi harus tahu mengenalpasti dan menguruskan keperluan emosi pasukan pekerja agar para pekerja berasa dihormati.
Seorang guru yang ceria, penyayang dan riang akan menghasilkan pelajar yang ceria, penyayang dan juga riang. Tahap pencapaian kecerdasan emosi guru akan menentukan tahap pencapaian kecerdasan emosi pelajar melalui pengwujudan suasana bilik darjah yang menyokong perkembangan emosi secara sihat.
Manakala, pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi adalah kurang ganas, boleh menyelesaikan sengketa antara mereka tanpa pertolongan orang dewasa, tidak mungkin menyalahgunaan dadah dan sebagainya. Sebaliknya, mereka lebih koperatif, sedia membantu, berharapan cerah dan rasa berempati.’’

Thursday 4 August 2011

Ragam Bahasa Melayu

1. Bahasa Sindiran

-          untuk menyindir seseorang dengan tidak disebutkan secara tepat, hanya dikias-kiaskan kepada perkara lain.

Contoh : Nampaknya mendung sahaja hari ini, hari pun dah lama tak hujan!
(ditujukan kepada seseorang yang berwajah muram atau masam sahaja.)

2. Bahasa Menggiat

-          lebih kurang sama dengan bahasa sindiran tetapi tidak ada kiasan
-          maksudnya hanya untuk mengusik atau bergurau.
-          dipertuturkan untuk mengetahui reaksi daripada orang yang ditujukan.

Contoh : Amboi, merah sangatlah Mak Ngah!

(ditujukan kepada orang perempuan yang pakaiannya berwarna terlalu merah, tujuannya untuk mengusik)

3. Bahasa Mengejek

Bahasa yang mengata seseorang dengan perkataan yang tepat , tetapi dengan gaya mengajukkan keburukannya serta mempermain-mainkannya sehingga orang yang mendengar akan mentertawakannya. Kata-kata ini akan menimbulkan perasaan marah orang yang ditujukannya itu.

Contoh : muka tak malu! belum lulus SPM sudah berangan nak kahwin.

(ditujukan kepada orang yang gatal bermain cinta walaupun belum dapat berdikari atau lulus peperiksaan untuk menjamin masa depannya)

4. Bahasa Terbalik

-bermaksud apa yang diperkatakan mempunyai pertentangan maksud dengan perkataan yang diucapkan. Tujuannya adalah untuk menyedarkan seseorang terhadap kesalahan yang dilakukannya.

Contoh : kan sudah kena denda, lain kali bising lagilah.

Ditujukan kepada orang lain yang sebelumnya kena denda  kerana membuat bising. Tujuannya untuk memberi ingatan supaya jangan membuat kesalahan yang sama.

5. Bahasa Merajuk

menunjukkan perasaan kecil hati atau menarik diri. Sesuatu perbuatan yang dirasakan menghina atau tidak sepatutnya dilakukan.

Contoh : orang tak sudi singgah, apa nak buat. Maklumlah pondok kita tak ada hawa dingin.

6. Bahasa Tempelak

kata-kata untuk membalikkan percakapan seseorang yang dikeluarkan sebelum ia sendiri  melakukan kesalahan itu.

Contoh : Dulu ada orang datang meminang, awak tolak, awak tak mahu, tak ada rupalah, tak ada hartalah, macam-macma alas an. Sekarang umur dah banyak siapa lagi yang hendak?

7. Bahasa Herdik

seakan-akan bahasa tempelak tetapi tujuannya untuk menunjukkan kesalahan pada masa itu juga, bukannya pada masa lalu. Mempunyai persamaan dengan maki tengking tetapi tujuannya adalah untuk kebaikan, bukannya untuk memalukan orang lain.

Contoh : Hei, tak ada kerja lain ke! Asyik nak tidur sahaja.
  
8. Bahasa Melampau

mengatakan sesuatu perkara itu secara berlebih-lebihan melebihi apa yang sepatutnya hingga kadang-kadang tidak diterima akal.

Contoh : Kecantikan wajahnya itu tidak ada tolok bandingannya di dunia ini.

9. Bahasa Merendah

mengatakan sesuatu perkara itu kecil dan kurang. Tujuannya untuk merendah diri.

Contoh : Terimalah sedikit hadiah yang tidak sepertinya ini.
              Izinkan saya yang daif ini menyampaikan ceramah kepada tuan-tuan sekalian.


10. Bahasa Naik

Ragam bahasa yang menguatkan tujuan kata dengan membawakan ke hadapan hati pembaca akan gambaran fikiran yang beransur-ansur naik dataran yang kendur kepada dataran yang semakin tegang.

Contoh :
Sudahlah sekolah kerajaan dirikan, gaji guru-guru kerajaan bayar, buku-buku diberi percuma, padang bola dan bola itu pun disediakan oleh kerajaan juga!

11. Bahasa berulang

Ragam bahasa yang menggunakan perkataan, frasa, atau ayat secara berulang-ulang dua atau tiga kali untuk menguatkan maksud sesuatu yg hendak ditekankan oleh penutur.

Contoh:

Kaya, kaya, kaya, ya semua orang mahu kaya.

Belajar, belajar, belajar, tak kira siapa, di mana dan bila, kita harus lakukan  demi kesejahteraan hidup  pada masa depan.

12. Bahasa mengeluh

untuk melahirkan perasaan kecewa dan menyesal dengan cara mengeluh.

Contoh :

Hai, kalaulah isteriku masih hidup bolehlah aku bermanja!

Oh, beginilah nasib kami apabila majikan tidak bertimbang rasa!

FUNGSI BAHASA MELAYU

Jika diteliti, kita boleh mengatakan bahawa bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan. Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan penggunaan bahasa kebangsaan.

Sebagai bahasa utama bagi negara yang baru terlepas daripada penjajahan, Bahasa Melayu juga mempunyai peranan sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa rasmi bermaksud bahasa yang digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan, sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi. Bahasa kebangsaan biasanya satu bagi setiap negara, tetapi bahasa rasmi tidak demikian. Bahasa rasmi boleh lebih daripada satu, mungkin dua, tiga atau empat bagi sesebuah negara. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara bukan sejak bermula kemerdekaan, sebaliknya hanya bermula pada tahun 1969.

Bahasa Melayu, dan bukan bahasa lain, digunakan sebagai bahasa rasmi kerana beberapa sebab, Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya mengambil alih fungsi Bahasa Inggeris, maka layaklah Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi. Bahasa Melayu juga dapat difahami oleh semua kaum di negara ini, maka dalam urusan rasmi, rakyat tidak menghadapi masalah menggunakan Bahasa Melayu.

Setelah menjadi bahasa rasmi, keupayaan Bahasa Melayu perlu diperkukuhkan. Untuk itu, Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah bermula pada tahun 1970. Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Yaakob telah mengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran Inggeris menggunakan Bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat. Kini Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah, malah ke peringkat universiti. Penggunakan bahasa pengantar ini akan mewujudkan satu suasana kebangsaan yang membabitkan semua rakyat tanpa mengira kaum. Dengan itu, sistem pendidikan nasional dapat dicapai.

Ciri-ciri bahasa Melayu

Bahasa Melayu bersifat bervariasi

Menurut Goay Teck Chong dan rakan-rakan (2009) Variasi bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua faktor, iaitu pengguna dan pengunaan. Dalam faktor pengguna terdapat dua variasi bahasa yang penting iaitu idiolek dan dialek daerah. Idiolek ialah bahasa yang berkaitan dengan individu. Kelainan ini wujud disebabkan perbezaan alat sebutan antara individu dengan individu yang lain sehingga sebutan ujaran yang sama menjadi tidak serupa. Dialek daerah pula merujuk kepada kelainan bahasa yang wujud pada peringkat kawasan. Dialek daerah wujud disebabkan oleh faktor geografi, iaitu tiada perhubungan yang baik untuk menghubungkan masyarakat yang sebelum ini menuturkan bahasa yang sama. Antara dialek daerah yang terdapat di Malaysia termasuklah dialek utara, dialek Kelantan, dialek Negeri Sembilan, dialek Sabah dan dialek Sarawak. Berdasarkan faktor penggunaan pula, variasi bahasa yang terhasil ialah dialek sosial yang juga dikenal sebagai laras bahasa. Antara dialek sosial adalah bahasa baku, bahasa formal , bahasa tidak formal, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa istana, bahasa pasar dan bahasa slangka.

Bahasa Melayu bersifat unik  
Ciri bersifat unik bermaksud ciri khusus yang spesifik yang tiada pada yang lain. Ciri khusus menyangkut sistem bunyi, pembentukan kata, pembentukan ayat, dan sistem yang lain. Antara ciri keunikan bahasa Melayu ialah tekanan kata tidak bersifat morfemis, tetapi bersifat sintaksis. Ini bermakna tekanan pada kata, tidak merobah makna kata tetapi merobah seluruh ayat. Contoh:
 * Orang itu menjolok buah
* Orang itu menjolok buah
Bahasa lain pula bersifat morfemis, iaitu tekanan pada kata akan menyebabkan makna kata berobah. Bagi bahasa Jawa, setiap kata yang dimulai konsonan / b /, / d /, / g /,  / k /, / p / dan / t / akan didahului oleh konsonan nasal yang relevan. Contoh:
Bahasa Melayu
Bahasa Jawa
bandung
mbandung
depok
Ndopek
Gopek
Ngopek
Lompat
Lo-mpat

Bahasa Melayu bersifat sejagat
Ciri bahasa Melayu yang seterusnya ialah bersifat sejagat. Bahasa sejagat bermaksud ciri yang sama dimiliki oleh bahasa di dunia. Ciri yang bersifat umum, dan dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat bahasa lain. Antara ciri umum bahasa yang bersifat ujaran ialah kewujudan bunyi vokal dan konsonan, walaupun jumlahnya tidak sama. Contohnya ialah, bahasa Melayu mempunyai 6 vokal, 22 konsonan. Bahasa Arab mempunyai 3 vokal pendek, 3 vokal panjang dan 28 konsonan. Manakala bahasa Inggeris mempunyai 16 vokal (termasuk diftong), 24 mempunyai satuan yang    bermakna, seperti satuan kata, frasa, klausa, ayat dan wacana.
Selain daripada ciri-ciri yang telah dinyatakan dan dihuraikan di atas, antara ciri-ciri bahasa Melayu yang lain ialah sebagai alat komunikasi, bersifat arbitrari dan merupakan satu sistem serta satu simbol.
Bahasa Melayu bersifat dinamis
Ciri bahasa Melayu yang pertama ialah bersifat dinamis. Aktiviti atau kegiatan  manusia adalah tidak tetap dan sering berubah mengikut situasi pada masa tertentu.Begitu juga halnya dengan bahasa yang  sentiasa berubah, tidak statik, dan inilah yang dinamakan dinamis. Perubahan bahasa  boleh terjadi pada semua peringkat linguistik jati.
Contoh:
  1. urutan konsonan: klinik, abstrak, psikologi…
  2.  kehadiran fonem baharu: / f /, / kh /, / sy / …
c.    kehadiran alomorf: mengehadkan, mengebom, mengeram… 
Perubahan radikal terjadi pada peringkat leksikon dan semantik kerana wujudnya perubahan budaya. Kepesatan perubahan ini tercermin dalam bidang perkamusan. Pelbagai alasan sosial, politik dan ekonomi menyebabkan orang meninggalkan bahasanya, dan menggunakan bahasa lain dalam kehidupan sehariannya. Jika perubahan itu berterusan, lama-kelamaan bahasa itu akan pupus seperti bahasa Latin dan bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu juga akan berkembang dari semasa ke semasa dan berubah–ubah mengikut peredaran zaman. Bahasa Melayu meminjam sesuatu kata bahasa asing melalui peminjaman terus atau menerusi penterjemahan. Peminjaman terus dilakukan dengan menyesuaikan ejaan dan sebutan sesuatu kata asing dengan sistem bahasa Melayu. Contohnya, psychology dalam bahasa Inggeris dieja sebagai psikologi dalam bahasa Melayu.  Peminjaman penterjemahan dilakukan dengan mengambil makna atau konsep perkataan asing itu, kemudian makna atau konsep tersebut diberi padanannya dalam perkataan Melayu. Contohnya, perkataan daya pengeluaran yang diterjemahkan daripada perkataan bahasa Inggeris productivity.