Sunday 31 July 2011

Sukan dan Rekreasi

1.0  Pengenalan Sukan dan Rekreasi

1.1 Definisi Sukan dan Rekreasi

Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembanganpengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masasenggang. Manakala, Hammerman et.al (1985) pula mendefinisikan sukan rekreasi sebagai landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian. Knapp (1981), mendefinisikan sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. 
Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat. Ini akan menyebabkan mereka nemahami antara satu sama lain.
Sosialisasi ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak-ansur dan toleransi. Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam kehidupan harian kita.
Selain itu, konsep sukan rekreasi ini juga membentuk sesseorang individu yang kaya dengan nilai-nilai murni. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam pembentukan personality, pembangunan insane, 


1.2 Konsep Sukan dan Rekreasi
Sukan dan rekreasi adalah berasaskan aktiviti darat iaitu lasak dan alam; berasaskan aktiviti air; berasaskan aktiviti dalaman; dan campuran kedua aktiviti. Konsep sukan rekreasi adalah sosialisasi. Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep sosialisasi ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk bergaul antara rakan-rakan. Ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai hubungan yang akrab di antara mereka.


Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat. Ini akan menyebabkan mereka nemahami antara satu sama lain.
Sosialisasi ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak-ansur dan toleransi. Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam kehidupan harian kita.
Selain itu, konsep sukan rekreasi ini juga membentuk sesseorang individu yang kaya dengan nilai-nilai murni. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam pembentukan personality, pembangunan insane,  pembangunan Negara, gaya hidup sihat, kepimpinan, kecerdasan, sosialisasi,pendidikan sepanjang hayat dan dinamik kumpulan.

1.3 Kepentingan Sukan Rekreasi dalam Kurikulum Sekolah

Sukan rekreasi memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emsi, rohani, intelek dan rohani (JERIS). Justeru itu, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan rekreasi menjadi salah satu komponen penting dalam sukatan Pendidikan Jasmani. Dengan adanya sukan rekreasi para murid dapat membina dan mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat.
Apabila sukan rekreasi menjadi salah satu komponen dalam kurikulum mereka, maka para murid haruslah mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Apabila seseorang itu mula melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti maka secara automatik ini akan menyebabkan tubuh badan mereka sentiasa sihat dan mereka akan menjauhi diri daripada amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok.
Seterusnya, apabila seseorang individu mula untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan rekreasi maka dia akan dapat mengawal emosi dia dengan baik. contohnya, apabila individu A berasa marah atau hatinya tidak tenteram, pastinya setelah mengambil bahagian dalam sukan rekreasi dia pasti dapat menenangkan fikirannya dan membuat keputusan yang baik untuk menyelesaikan masalahnya.
Akhir sekali, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru ataupun rakan-rakan yang berbilang kaum tanpa sebarang masalah. Ini secara tidak lansung dapat membina perpaduan, semangat kekitaan dalam kalangan anak murid apabila mereka mengikuti sesuatu aktiviti dalam sukan rekreasi. Tambahan pula, seseorang individu boleh mempelajari nilai-nilai murni secara tidak langsungnya apabila mengambil bahagian dalam aktiviti sukan rekreasi yang dianjurkan di sekolah sebagai salah satu syarat bagi memenuhi sukatan kurikulum di sekolah.
Justeru itu, sukan rekreasi sememangnya memberi banyak faedah kepada para murid yang mengikuti matapelajaran ini di sekolah mereka. Oelh itu, sukan rekreasi haruslah dijadikan sebagai matapelajaran wajib bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah dan juga di IPTA.