Thursday 4 August 2011

BAGAIMANA BOLA TAMPAR DIMAINKAN

Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua
pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam
orang pemain utama dan enam pemain simpanan. Mata diperoleh dengan
meletakkan atau memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. Para
pemain hanya dibenarkan menggunakan mana-mana anggota badan daripada
bahagian atas pinggang untuk memukul atau memainkan bola. Permainan
bermula sebaik sahaja wisel ditiup iaitu selepas undian untuk memulakan servis
dilakukan.

Skor (Pengiraan Mata)
1. Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di
peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3
set sahaja. Pasukan yang paling banyak memenangi set permainan, akan
diisytiharkan sebagai pemenang.
2. Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohanan serta
perlawan bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi perlawanan atas set
penentuan, skornya ialah 15 mata, dengan minimun kelebihan 2 mata.
3. Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang iaitu di
sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu dilakukan dalam tempoh 5
saat selepas wisel dibunyikan.