Thursday 4 August 2011

Sakit Perut Dan Keracunan

Keracunan makanan merujuk sebarang penyakit akibat jangkitan kuman atau kesan toksin yang berpunca dari pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Istilah ini lebih kerap digunakan untuk menerangkan kesan atau gejala yang lazimnya timbul seperti cirit-birit dan/atau muntah-muntah yang berpunca dari bakteria, virus atau parasit. Kadangkala, keracunan bahan kimia juga boleh menjadi salah satu dari puncanya.
Gejala-Gejala Keracunan Makanan
  • Kekejangan otot perut yang teruk
  • Loya dan muntah
  • Cirit-birit, selalunya dalam beberapa jam selepas memakan makanan yang tercemar
  • Merasa lemah dan kurang sihat
  • Berpeluh dan terasa seperti hendak demam
Organisma Yang Menyebabkan Keracunan Makanan
  • Salmonella
  • Stafilokokus aureus
  • Rotavirus
  • Toksoplasma
  • Bacillus cereus
  • Clostridium
  • E. coli
Rawatan
Kebanyakan kejadian keracunan makanan akan sembuh dengan sendiri tanpa rawatan perubatan. Dalam kes-kes tertentu, antibiotik akan diberi kepada pesakit bergantung kepada jenis jangkitan yang terlibat. Sebelum menyarankan sebarang antibiotik, doktor selalunya memerlukan spesimen najis pesakit untuk dianalisis bagi mengenalpasti jenis kuman yang menyebabkan keracunan tersebut.
Rawatan utama keracunan makanan ialah dengan meminum lebih banyak cecair untuk mencegah dehidrasi. Air bercampur garam (air garam) adalah yang terbaik untuk tujuan ini. Beri anak anda Larutan Garam Rehidrasi (ORS). Larutkan ORS ini dalam air masak sejuk sebelum diminum. Kanak-kanak lebih cepat terhidrat berbanding orang dewasa, oleh itu penggantian air yang hilang dengan segera amat penting.
Mesej berikut amat penting bagi bayi dan kanak-kanak kecil. Jika keracunan makanan ini berlarutan sehingga melebihi beberapa hari atau jika terdapat darah di dalam najis bawa anak anda berjumpa doktor segera.
Pemulihan sepenuhnya mungkin mengambil masa antara beberapa jam hingga beberapa minggu bergantung kepada kecergasan pesakit dan jenis jangkitan yang berlaku.

Senarai Ubat-Ubatan Yang Boleh Didapati Di Malaysia
Ubat-Ubatan
Cara Bertindak
Kesan Sampingan
Pengurusan Kesan Sampingan
Garam Rehidrasi Oral


'Activated charcoal'
- Ia menggantikan air dan beberapa jenis garam yang penting (elektrolit) yang hilang semasa cirit-birit, seperti sodium dan potasium

- Menolong mencegah penyerapan racun oleh badan- Activated charcoal (tanpa sorbitol) boleh juga diguna untuk meredakan cirit-birit dan kembung
- Muntah-muntah -
Biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan
- Pening kepala
- Degupan jantung yang cepat
- Kerengsaan
- Kegelisahan
- Lemah badan
- Kelopak mata membengak (mata sembab)

Amat jarang berlaku:

- Bengkak atau sakit dalam perut
- Rujuk doktor anda segera sekiranya timbul sebarang kesan sampingan yang dinyatakan

- Rujuk doktor anda segera sekiranya kesan sampingan ini berlaku

Pengurusan Sendiri
  • Cuci tangan anda sepenuhnya sebelum mengendalikan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas.
  • Memastikan permukaan dapur tempat memasak dan menyiapkan makanan seperti sinki sentiasa bersih. Memasak daging dan makanan berdaging dengan sempurna dan tidak memakan sebarang makanan atau minuman yang disyaki tercemar.
  • Menggunakan tong sampah yang bertutup dan diletakkan jauh dari makanan atau tempat makan.
  • Membasuh dan membilas pinggan mangkuk dan peralatan dapur yang digunakan sebersih-bersihnya.
  • Memastikan makanan beku terutamanya daging dan produk daging dicairkan sepenuhnya sebelum dimasak atau disediakan untuk dimakan.
  • Memanaskan semula makanan pada suhu yang cukup tinggi untuk membunuh kuman.
  • Jangan memegang daging yang telah dimasak selepas mengendalikan daging mentah tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
  • Elakkan menyimpan daging yang telah dimasak berhampiran daging mentah; amalan ini kerapkali menjadi punca pencemaran dan keracunan makanan.
  • Memastikan papan pemotong dibasuh dengan sebersih-bersihnya menggunakan air sabun suam sebelum menggunakannya untuk penyediaan makanan. Jangan gunakan papan pemotong kayu kerana penyingkiran bakteria dari peralatan berasas kayu amat sukar dilakukan atau hampir mustahil.
  • Jangan menyimpan baki makanan yang telah terbiar di luar tanpa bertutup atau pada suhu bilik. Bakteria yang merbahaya akan terus membiak walaupun selepas baki makanan berkenaan disimpan dalam peti sejuk.
  • Jaga kebersihan di sekitar rumah supaya tidak terdapatnya tempat pembiakan lalat.