Thursday 4 August 2011

Ciri-ciri bahasa Melayu

Bahasa Melayu bersifat bervariasi

Menurut Goay Teck Chong dan rakan-rakan (2009) Variasi bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua faktor, iaitu pengguna dan pengunaan. Dalam faktor pengguna terdapat dua variasi bahasa yang penting iaitu idiolek dan dialek daerah. Idiolek ialah bahasa yang berkaitan dengan individu. Kelainan ini wujud disebabkan perbezaan alat sebutan antara individu dengan individu yang lain sehingga sebutan ujaran yang sama menjadi tidak serupa. Dialek daerah pula merujuk kepada kelainan bahasa yang wujud pada peringkat kawasan. Dialek daerah wujud disebabkan oleh faktor geografi, iaitu tiada perhubungan yang baik untuk menghubungkan masyarakat yang sebelum ini menuturkan bahasa yang sama. Antara dialek daerah yang terdapat di Malaysia termasuklah dialek utara, dialek Kelantan, dialek Negeri Sembilan, dialek Sabah dan dialek Sarawak. Berdasarkan faktor penggunaan pula, variasi bahasa yang terhasil ialah dialek sosial yang juga dikenal sebagai laras bahasa. Antara dialek sosial adalah bahasa baku, bahasa formal , bahasa tidak formal, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa istana, bahasa pasar dan bahasa slangka.

Bahasa Melayu bersifat unik  
Ciri bersifat unik bermaksud ciri khusus yang spesifik yang tiada pada yang lain. Ciri khusus menyangkut sistem bunyi, pembentukan kata, pembentukan ayat, dan sistem yang lain. Antara ciri keunikan bahasa Melayu ialah tekanan kata tidak bersifat morfemis, tetapi bersifat sintaksis. Ini bermakna tekanan pada kata, tidak merobah makna kata tetapi merobah seluruh ayat. Contoh:
 * Orang itu menjolok buah
* Orang itu menjolok buah
Bahasa lain pula bersifat morfemis, iaitu tekanan pada kata akan menyebabkan makna kata berobah. Bagi bahasa Jawa, setiap kata yang dimulai konsonan / b /, / d /, / g /,  / k /, / p / dan / t / akan didahului oleh konsonan nasal yang relevan. Contoh:
Bahasa Melayu
Bahasa Jawa
bandung
mbandung
depok
Ndopek
Gopek
Ngopek
Lompat
Lo-mpat

Bahasa Melayu bersifat sejagat
Ciri bahasa Melayu yang seterusnya ialah bersifat sejagat. Bahasa sejagat bermaksud ciri yang sama dimiliki oleh bahasa di dunia. Ciri yang bersifat umum, dan dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat bahasa lain. Antara ciri umum bahasa yang bersifat ujaran ialah kewujudan bunyi vokal dan konsonan, walaupun jumlahnya tidak sama. Contohnya ialah, bahasa Melayu mempunyai 6 vokal, 22 konsonan. Bahasa Arab mempunyai 3 vokal pendek, 3 vokal panjang dan 28 konsonan. Manakala bahasa Inggeris mempunyai 16 vokal (termasuk diftong), 24 mempunyai satuan yang    bermakna, seperti satuan kata, frasa, klausa, ayat dan wacana.
Selain daripada ciri-ciri yang telah dinyatakan dan dihuraikan di atas, antara ciri-ciri bahasa Melayu yang lain ialah sebagai alat komunikasi, bersifat arbitrari dan merupakan satu sistem serta satu simbol.
Bahasa Melayu bersifat dinamis
Ciri bahasa Melayu yang pertama ialah bersifat dinamis. Aktiviti atau kegiatan  manusia adalah tidak tetap dan sering berubah mengikut situasi pada masa tertentu.Begitu juga halnya dengan bahasa yang  sentiasa berubah, tidak statik, dan inilah yang dinamakan dinamis. Perubahan bahasa  boleh terjadi pada semua peringkat linguistik jati.
Contoh:
  1. urutan konsonan: klinik, abstrak, psikologi…
  2.  kehadiran fonem baharu: / f /, / kh /, / sy / …
c.    kehadiran alomorf: mengehadkan, mengebom, mengeram… 
Perubahan radikal terjadi pada peringkat leksikon dan semantik kerana wujudnya perubahan budaya. Kepesatan perubahan ini tercermin dalam bidang perkamusan. Pelbagai alasan sosial, politik dan ekonomi menyebabkan orang meninggalkan bahasanya, dan menggunakan bahasa lain dalam kehidupan sehariannya. Jika perubahan itu berterusan, lama-kelamaan bahasa itu akan pupus seperti bahasa Latin dan bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu juga akan berkembang dari semasa ke semasa dan berubah–ubah mengikut peredaran zaman. Bahasa Melayu meminjam sesuatu kata bahasa asing melalui peminjaman terus atau menerusi penterjemahan. Peminjaman terus dilakukan dengan menyesuaikan ejaan dan sebutan sesuatu kata asing dengan sistem bahasa Melayu. Contohnya, psychology dalam bahasa Inggeris dieja sebagai psikologi dalam bahasa Melayu.  Peminjaman penterjemahan dilakukan dengan mengambil makna atau konsep perkataan asing itu, kemudian makna atau konsep tersebut diberi padanannya dalam perkataan Melayu. Contohnya, perkataan daya pengeluaran yang diterjemahkan daripada perkataan bahasa Inggeris productivity.