Sunday 7 August 2011

Kepentingan kecerdasan emosi dalam kehidupan seharian

Mengikut Daniel Golemen (1995) pengarang buku “The Emotional Intelligent”, penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan yang ada pada keintelektualannya (IQ) sahaja tetapi yang lebih penting adalah kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya.
Mengikut Daniel Golemen (1995)  lagi keceredasan intelek (IQ) tidak dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian diri serta hubungannya dengan masyarakat. Kecerdasan Emosi (EQ) mengikut kajian meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan termasuk aspek kesihatan dan sosial.
Di tempat kerja, kecerdasan emosi merupakan elemen penting untuk mewujudkan keadaan kerja yang produktif. Masalah boleh berlaku di tempat kerja mungkin kerana keperluan emosi tidak kesampaian. Pengurus yang secara cerdas emosi harus tahu mengenalpasti dan menguruskan keperluan emosi pasukan pekerja agar para pekerja berasa dihormati.
Seorang guru yang ceria, penyayang dan riang akan menghasilkan pelajar yang ceria, penyayang dan juga riang. Tahap pencapaian kecerdasan emosi guru akan menentukan tahap pencapaian kecerdasan emosi pelajar melalui pengwujudan suasana bilik darjah yang menyokong perkembangan emosi secara sihat.
Manakala, pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi adalah kurang ganas, boleh menyelesaikan sengketa antara mereka tanpa pertolongan orang dewasa, tidak mungkin menyalahgunaan dadah dan sebagainya. Sebaliknya, mereka lebih koperatif, sedia membantu, berharapan cerah dan rasa berempati.’’